Berhijrah Kepada Menutup Aurat & Menjaga Hati Dengan Sempurna
Aku yang dulu terlalu leka dengan dunia. Seiring dengan usiaku yang bergelar remaja. Semuanya aku nak cuba.
Ber’couple’.
Ya, aku tidak terkecuali. Aku tahu ianya salah. Tapi sebab pengaruh rakan, juga melayani perasaan serta nafsu, aku turut sama terjebak ke kancah percintaan yang sia-sia.
Ya Allah, jahilnya aku dulu.
Tapi sebenarnya perasaan ingin berubah, ingin meninggalkan perbuatan maksiat dah lama terbuku.
Cuma aku tak tahu bagaimana harus aku mulakan. Kerana aku lihat manusia sekelilingku juga melakukan hal yang sama. Tiada yang mampu membawa aku ke arah yang lebih baik.
Saat Mula Mengatur Langkah Menutup Aurat Dengan Sempurna
Pada tahun 2012, aku menerima tawaran untuk masuk ke Tingkatan 6. Mulanya aku memang tidak mahu sebab ada yang mengatakan pelajaran STPM sangat susah.


